fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 25 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 turun 5.5 mata kepada 1,565.5, Mei 2024 susut 4.0 mata kepada 1,569.5, Jun 2024 merosot 3.0 mata kepada 1,570.0 dan September 2024 menyusut 4.5 mata kepada 1,557.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 37,461 lot daripada 16,859 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 83,331 kontrak daripada 59,857 kontrak.

Pada pukul 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada paras penutup 1,571.48 pada Rabu. - BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM