fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 Februari - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2024 dan Mac 2024 turun 4.5 mata masing-masing kepada 1,528.0 dan 1,511.5, Jun 2024 susut 6.0 mata kepada 1,515.5 dan September 2024 merosot 5.5 mata kepada 1,505.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 9,526 lot daripada 10,922 lot pada semalam manakala kepentingan terbuka merosot kepada 53,113 kontrak daripada 55,842 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 0.95 mata kepada 1,528.38 daripada paras penutup 1,529.33 pada Rabu - BERNAMA

TETITIA YUSOFF