(Foto Fail)
KUALA LUMPUR, 27 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakan rendah hari ini.
Pada penutup dagangan, kontrak September 2023, Oktober 2023 dan Disember 2023 turun 1.5 mata masing-masing kepada 1,440.5, 1,443.0 dan 1,444.0.
Mac 2024 meningkat 1.0 mata kepada 1,434.0.
Jumlah dagangan merosot kepada 32,136 lot daripada 65,638 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka susut kepada 77,121 kontrak daripada 112,678 kontrak sebelum ini.
Pada pukul 5.00 petang, FBM KLCI berkurangan 5.44 mata kepada 1,440.11 daripada 1,445.55 pada Selasa, selepas dibuka 4.69 mata lebih rendah pada 1,440.86.- BERNAMA
(Foto Fail)