fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI dijangka kekal stabil

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 September- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka akan bergerak selari dengan pasaran tunai pada minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, pasaran tempatan diunjurkan kekal stabil, dengan sentimen secara keseluruhan bertambah baik.

Menurutnya, pasaran itu dijangka stabil walaupun beberapa kemungkinan pengambilan untung berlaku.

Indeks terus menunjukkan momentum kenaikan, didagangkan di atas purata pergerakan eksponen 20 hari dan 50 hari, yang mengukuhkan aliran menaik semasa.

Walaubagaimanapun, pelabur dinasihatkan agar berhati-hati memandangkan pasaran sedang menghampiri tahap terlebih beli.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE