KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pagi ini.
Pada 9.27 pagi, Ogos 2022 dan Disember 2022 naik 7.0 mata setiap satu untuk mencatatkan paras 1,477.50 dan 1,455.0, September menambah 8.0 mata kepada 1,460.0 manakala Mac 2023 tidak diniagakan pada 1,443.5.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 2,001 lot, dengan kepentingan terbuka 37,714 kontrak.
(Foto fail)
Pada 9.47 pagi, penanda aras FBM KLCI meningkat 14.54 mata dan berada pada paras 1,481.8.- BERNAMA