fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek kekal stabil dengan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM42.65 bilion dalam sistem konvensional dan RM29.70 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat itu akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional yang terdiri daripada RM1 bilion setiap satu, masing-masing untuk tujuh dan 14 hari, serta dua tender repo berbalik terdiri daripada RM200 juta untuk 32 hari dan RM300 juta selama 186 hari.

(Foto fail)

BNM juga akan mengendalikan tiga tender Qard iaitu sebanyak RM1.8 bilion selama tujuh hari, RM700 juta bertempoh 14 hari dan RM100 juta untuk jangka masa 21 hari.

Ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta  kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menawarkan sehingga RM40.2 bilion untuk tender semalaman konvensional dan RM26.1 bilion bagi tender semalaman Murabahah.- BERNAMA

Media Baharu