KUALA LUMPUR, 23 Januari- Kontrak FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi dalam dagangan bercampur-campur pada pagi ini.
Pada pukul 9.12 pagi, kontrak bulan semerta Januari 2024 meningkat 0.5 mata kepada 1,494.5, Februari 2024 susut 1.0 mata kepada 1,494.5, manakala Mac 2024 dan Jun 2024 tidak berubah masing-masing pada 1,482.0 dan 1,484.0.
Jumlah dagangan berjumlah 915 lot manakala kepentingan terbuka sebanyak 42,723 kontrak.
Pada pukul 9.32 pagi, FBM KLCI naik 1.04 mata kepada 1,492.23 berbanding paras penutup 1,491.19 pada Isnin.- BERNAMA