KUALA LUMPUR, 20 Disember - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan prestasi tinggi semasa awal dagangan pada Rabu.
Pada 9.41 pagi, Disember 2023 menambah dua mata kepada 1,469.0 manakala Januari 2024 dan Mac 2024 masing-masing naik tiga mata kepada 1,471.50 dan 1,457.50 serta Jun 2024 menokok empat mata kepada 1,457.00.
Jumlah dagangan sebanyak 2,714 lot manakala kepentingan terbuka pada 41,648 kontrak.
Pada 9.07 pagi, FBM KLCI meningkat 1.30 mata kepada 1,466.97 daripada 1,465.67 ketika ditutup pada Rabu. - BERNAMA