fb fb fb fb fb

Niaga hadapan KLIBOR tidak catat sebarang urus niaga pada awal dagangan

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 Disember - Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal tidak diniagakan semasa sesi awal dagangan pada Rabu.

Pada 9.22 pagi, kontrak Disember 2023, Januari 2024, Februari 2024 dan Mac 2024 masing-masing disandarkan pada 97.23.

Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing sifar. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF