KUALA LUMPUR, 3 Mei- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatatkan prestasi bercampur-campur semasa awal dagangan pada Jumaat.
Pada pukul 9.22 pagi, Mei 2024 dan Jun 2024 masing-masing meningkat 0.5 mata kepada 1,585.0 dan 1,585.5, September 2024 susut satu mata kepada 1,572.5 dan Disember 2024 kurang dua mata kepada 1,575.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,072 lot manakala kepentingan terbuka pada 45,489 kontrak.
Pada 9.25 pagi, FBM KLCI meningkat 9.75 mata kepada 1,590.05 daripada 1,580.30 ketika ditutup pada Khamis. -BERNAMA