fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil disokong operasi BNM

Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Mei - Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Jumaat susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM30.43 bilion dalam sistem konvensional dan RM19.33 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menawarkan tender repo terbalik RM1 bilion bagi 32 hari.

BNM juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan mengadakan tender semalaman konvensional sehingga RM31.4 bilion dan tender semalaman murabahah bagi RM19.3 bilion. - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN