fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI bercampur-campur dalam dagangan awal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 29 April- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka bercampur-campur hari ini.

Pada pukul 9.34 pagi, kontrak bulan semasa April 2024 menambah satu mata kepada 1,576.5, Mei 2024 dan Jun 2024 masing-masing tidak berubah pada 1,577.5 dan 1,579.0, manakala September 2024 turun dua mata kepada 1,565.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,076 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 70,866 kontrak.

Pada pukul 9.36 pagi, FBM KLCI naik 2.82 mata kepada 1,577.98 daripada 1,575.16 pada Jumaat.- BERNAMA

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM