fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Disember- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa.

Pada penutup dagangan, Disember 2023 meningkat kepada US$2,030.00 setiap auns troy daripada US$2,027.80 setiap auns troy pada Isnin, manakala January 2024 menokok kepada US$2,040.20 setiap auns troy daripada US$2,038.00 setiap auns troy.

Februari 2024, Mac 2024 dan April 2024 masing-masing ditutup pada US$2,049.70 setiap auns troy daripada US$2,047.70 setiap auns semalam.

Jumlah dagangan susut kepada 55 lot daripada 82 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 265 kontrak daripada 311 kontrak.

Harga emas fizikal adalah US$2,023.95 setiap auns troy, menurut penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 18 Dis, 2023.- BERNAMA

 

ROSLINA BINTI DIN