fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 13 September - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat disebabkan jangkaan bahawa kadar faedah akan diturunkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Kontrak September 2024 meningkat kepada AS$2,575.00 auns troy semalam.

Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup tinggi kepada AS$2,587.30 auns troy daripada AS$2,535.40 auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 14 lot daripada 22 lot semalam manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 74 kontrak daripada 82 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,545.95 setiap auns troy berdasarkan penetapan harga Persatuan Pasaran Jongkong London pada 12 September.-BERNAMA

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN