fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi sejajar dengan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 meningkat kepada US$2,465.10 setiap auns troy daripada US$2,433.00 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot daripada 27 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 17 kontrak daripada 40 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,426.30 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 31 Julai, 2024. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF