fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini sejajar dengan harga emas di New York Commodities Exchange (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 bertambah kepada AS$2,419.60 setiap auns troy daripada AS$2,387.00 setiap auns troy semalam.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 meningkat AS$2,433.00 setiap auns troy daripada AS$2,400.40 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan merosot kepada 27 lot daripada 36 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 40 kontrak daripada 58 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,390.25 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Julai, 2024. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA