fb fb fb fb fb

KWAP catat pertumbuhan 7.4%

Foto FB KWAP

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) hari ini mengumumkan keputusan kewangan yang kukuh bagi tahun berakhir 31 Disember 2023.

Bagi tahun tersebut, saiz dana KWAP meningkat daripada RM158.1 bilion dari tahun sebelumnya kepada RM169.8 bilion.

Ketua Pegawai Pelaburan KWAP, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, ia menunjukkan pertumbuhan sebanyak 7.4 peratus, selain mencatatkan pulangan pelaburan yang kukuh sebanyak 8.2 peratus.

"Kami mencapai pendapatan bersih sebanyak RM9.7 bilion pada tahun 2023, yang merupakan peningkatan yang ketara berbanding sebelum ini iaitu sekitar RM263 juta pada tahun 2022.

"Tanpa berlengah lagi, izinkan saya berkongsi beberapa sorotan prestasi kami untuk tahun 2023. Sebanyak RM169.8 bilion pada tahun 2023.

"Saya juga gembira untuk berkongsi bahawa KWAP juga berada di landasan untuk mencapai sasaran kepercayaan kita dengan pertumbuhan bersih sebanyak RM11.7 bilion tahun lepas 2023 berbanding tahun sebelumnya, yang menunjukkan komitmen kami untuk pengurusan aset dan pengoptimuman pulangan," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah beliau, walaupun terdapat pengeluaran berjumlah RM3 bilion untuk membiayai sebahagian daripada liabiliti pencen kerajaan, namun peningkatan bersih tersebut dilihat mampu menonjolkan komitmen berterusan KWAP dalam mengoptimumkan pulangan pelaburan.

Ia menandakan bahawa KWAP berada di landasan yang betul untuk mencapai matlamat Teras 5 menjelang akhir tahun 2024.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM