fb fb fb fb fb

Harga petrol, diesel kekal

Foto Hiasan/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 31 Julai- Harga runcit bagi petrol RON97, RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 dan RM3.35 seliter bagi tempoh 1 hingga 7 Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga kekal pada paras RM2.15 seliter.

"Kadar ditetapkan berdasarkan harga produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI