fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini disebabkan angka jualan runcit Amerika Syarikat (AS) lebih rendah daripada jangkaan yang menyokong pandangan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) berada di landasan betul untuk mengurangkan kadar faedah tahun ini.

Dilaporkan bahawa data Jualan Runcit AS untuk bulan Mei telah berkembang pada kadar lebih perlahan sebanyak 0.1 peratus berbanding jangkaan sebanyak 0.2 peratus.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 meningkat kepada US$2,335.9 setiap auns troy daripada US$2,316.4 setiap auns troy semalam manakala Julai 2024 menambah kepada US$2,342.7 setiap auns troy daripada US$2,323.2 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,358.4 setiap auns troy berbanding US$2,338.9 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan naik kepada 19 lot daripada 15 lot semalam manakala kepentingan terbuka menokok kepada 47 kontrak daripada 34 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 18 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,324.35 setiap auns troy. - BERNAMA

ZEHRA BINTI ZAMBRI