fb fb fb fb fb

Dasar AP Terbuka beri peluang bakat baharu Bumiputera berkembang- Penganalisis

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 19 Jun- Pelaksanaan dasar AP Terbuka kepada syarikat Bumiputera bakal memberi peluang kepada bakat baharu dalam sektor pengimportan kenderaan.

Namun, pakar ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, berharap ia tidak disalahgunakan untuk memperoleh keuntungan jangka pendek.

"Apa yang diharapkan ialah AP ini tidak disalahgunakan seperti yang telah ditonjolkan pada tahun 2019 apabila setengah pemegang AP ini sebenarnya menggunakan AP untuk kepentingan jangka pendek menyewakannya, kepada peniaga-peniaga bukan Bumiputera,"katanya.

Inisiatif tersebut turut mengurangkan penggunaan kenderaan terpakai dan memberi tumpuan terhadap kenderaan elektrik, EV, yang amat diperlukan untuk mencapai matlamat kesejahteraan lestari.

Semalam, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan, semua syarikat Bumiputera, boleh memohon untuk dilantik sebagai syarikat AP Terbuka bagi aktiviti pengimportan dan penjualan kenderaan di Malaysia, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Permohonan turut dibuka kepada syarikat bumiputera yang tidak pernah terlibat dalam aktiviti automotif.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE