fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 11 Jun- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di COMEX Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 meningkat kepada AS$2,310.7 setiap auns troy daripada AS$2,303.8 setiap auns troy pada Isnin manakala kontrak Julai 2024 naik kepada AS$2,317.5 setiap auns troy daripada AS$2,310.6 setiap auns troy.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi kepada AS$2,332.0 setiap auns troy berbanding AS$2,325.9 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangn menyusut kepada lapan lot daripada 39 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 22 kontrak daripada 69 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 10 Jun, harga emas fizikal berada pada AS$2,304.40 setiap auns troy. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA