fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 17 April- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus ditutup tinggi pada Rabu.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta April 2024 meningkat kepada AS$2,390.30 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,374.50 pada Rabu, manakala Mei 2024 naik kepada AS$2,406.10 daripada AS$2,390.30 setiap auns troy.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi pada AS$2,411.30 setiap auns troy daripada AS$2,395.50.

Jumlah dagangan merosot kepada 19 lot daripada 38 lot manakala kepentingan terbuka turun kepada 53 kontrak daripada 78 kontrak pada Selasa.

Menurut London Bullion Market Association pada 16 April, harga emas fizikal berada pada AS$2,369.15 setiap auns troy. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA