fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 26 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 meningkat kepada AS$2,186.90 setiap auns troy daripada AS$2,168.60 setiap auns troy pada penutup semalam.

Kontrak April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup tinggi pada AS$2,196.60 setiap auns troy daripada AS$2,178.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 15 lot daripada lapan lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka melebar kepada 58 kontrak berbanding 43 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 25 Mac, harga emas fizikal berada pada AS$2,176.70 setiap auns troy. -BERNAMA

SITI AISHAH MD ISA