fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 16 Februari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi yang lebih baik di pasaran COMEX Amerika Syarikat (AS) semalaman.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2024 meningkat kepada US$2,010.80 setiap auns troy daripada US$1,999.60 setiap auns troy pada Khamis, manakala Mac 2024 menokok kepada US$2,017.10 setiap auns troy daripada US$2,005.90 setiap auns troy.

Kontrak bagi April 2024, Mei 2024, Jun 2024 dan Ogos 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,028.40 setiap auns troy berbanding US$2,017.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan naik kepada 37 lot daripada 15 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 133 kontrak berbanding 109 kontrak.

Menurut London Bullion Market Association pada 15 Februari, harga emas fizikal berada pada US$2,004.05 setiap auns troy.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM