fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 15 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2024 meningkat kepada US$2,061.20 setiap auns troy daripada US$2,045.0 setiap auns troy pada Jumaat lepas manakala Februari 2024 menokok kepada US$2,070.90 setiap auns troy daripada US$2,055.20 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya naik kepada US$2,077.40 setiap auns troy daripada US$2,061.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menambah kepada 55 lot daripada 38 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 121 kontrak daripada 111 kontrak sebelumnya.

Menurut London Bullion Market Association pada 12 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,055.65 setiap auns troy.- BERNAMA

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE