fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 18 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, sejajar dengan niaga hadapan emas di COMEX New York Mercantile Exchange.

Pada penutup dagangan, kontrak September 2023 meningkat kepada US$1,930.00 setiap auns troy daripada US$1,922.90 pada Jumaat lepas manakala Oktober 2023 naik kepada US$1,939.10 setiap auns troy daripada US$1,932.00.

Kontrak November 2023, Disember 2023, Februari 2024 dan April 2024 masing-masing ditutup pada US$1,947.70 setiap auns troy.

Jumlah dagangan turun kepada empat lot daripada 37 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka merosot kepada 67 kontrak daripada 97 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$1,927.70 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 15 Sept.- BERNAMA


(Foto hiasan)

Media Baharu