fb fb fb fb fb

Industri kewangan Islam, masih banyak potensi boleh diteroka - AIBIM

KUALA LUMPUR, 18 September- Pengamalan standard piawaan kewangan dan perakaunan patuh Syariah perlu diperluas dan diperkukuh untuk membangunkan Industri kewangan Islam.

Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Mohd Muazzam Mohamed berkata cendiakawan syariah dan pengawal selia perlu bergabung bersama institusi kewangan Islam untuk mencari penyelesaian dan idea baharu yang lebih berinovatif.

"Sebenarnya masih banyak lagi penyelesaian yang boleh diteroka dalam pembiayaan kewangan Islam.Kewangan Islam di Malaysia telah bertapak selama 40 tahun. Sebelum ini, diadakan untuk melengkapi sistem kewangan konvensional yang sedia ada sebagai satu alternatif pada patuh syariah."

"Selain itu, ia juga berpotensi dengan menggunakan kewangan sosial Islam untuk lebih lagi memberi manfaat kepada masyarakat," kata Muazzam kepada pemberita pada Majlis Perasmian Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam (KLIFF) kali ke-16, di ibu negara.


(Presiden Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM), Mohd Muazzam Mohamed ditemui
pemberita pada Majlis Perasmian Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam (KLIFF) kali ke-16)

Jelasnya, melalui pendekatan kewangan sosial Islam, kewangan Islam berpotensi untuk menjadi pemacu kepada sistem kewangan di negara ini.

Forum yang berlangsung selama tiga hari itu menghimpunkan 600 peserta bertujuan memberi idea dan mempelopori inisiatif baharu agar Industri kewangan Islam terus berkembang selari dengan perubahan masa.

Media Baharu