KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi positif ketika ditutup pada Rabu, menggambarkan prestasi kukuh yang dialami niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat.
Pada penutupan dagangan, kontrak bagi Oktober 2023 menokok kepada US$1,870.40 setiap auns troy daripada US$1,865.00 semasa ditutup semalam, November 2023 meningkat kepada US$1,882.30 daripada US$1,872.30 sebelum ini dan Disember 2023 naik kepada US$1,892.80 daripada US$1,882.80.
Kontrak bagi Januari 2024, Februari 2024 dan April 2024 masing-masing ditutup pada US$1,901.10 setiap auns troy.
Jumlah dagangan bertambah kepada 93 lot daripada 44 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 220 lot berbanding 169 lot ketika ditutup semalam.
Harga emas fizikal pada US$1,857.00 setiap auns troy seperti yang diterbitkan Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan pada sebelah petang 10 Oktober.- BERNAMA
(Foto hiasan)