KUALA LUMPUR, 11 Januari- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini.
Pada penutupan, kontrak Januari 2024 susut kepada US$2,035.50 satu auns troy berbanding US$2,041.50 yang disaksikan semalam, manakala Februari 2024 merosot kepada US$2,045.70 daripada US$2,051.90.
Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 serta Jun 2024 semuanya berakhir lebih rendah pada US$2,052.20 satu auns troy berbanding US$2,058.40 semalam.
Jumlah dagangan menurun kepada 16 lot daripada 39 lot, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 75 kontrak daripada 118 sebelumnya.
Harga emas fizikal berada pada US$2,026.80 satu auns troy, menurut laporan London Bullion Market Association pada 10 Januari.- BERNAMA