fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto fail/RTM

KUALA LUMPUR, 14 November -Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi suram di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Kontrak bulan semerta November 2025 susut kepada US$4,177.30 setiap auns troy daripada US$4,235.20 setiap auns troy, Disember 2025 rendah kepada US$4,194.50 setiap auns troy daripada US$4,252.40 setiap auns troy dan Januari 2026 menyusut kepada US$4,213.10 setiap auns troy daripada US$4,271.00 setiap auns troy semalam.

Kontrak Februari, April dan Jun 2026 turut ditutup rendah kepada US$4,228.10 bagi setiap auns troy, meningkat daripada US$4,286.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan melonjak kepada 143 lot daripada 47 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 218 kontrak daripada 138 kontrak semalam.

Harga emas fizikal pada US$4,195.65 setiap auns troy mengikut penetapan oleh London Bullion Market Association pada 13 Nov 2025. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF