KUALA LUMPUR, 15 Oktober- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dibebani oleh prestasi dolar Amerika Syarikat yang lebih kukuh.
Kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut kepada AS$2,661.30 setiap auns troy daripada AS$2,668.10 setiap auns troy semalam manakala November 2024 turun kepada AS$2,683.10 setiap auns troy daripada AS$2,689.90 setiap auns troy sebelumnya.
Sementara itu, kontrak Disember 2024, Januari 2025 and Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada AS$2,684.50 setiap auns troy daripada AS$2,691.30 setiap auns troy semalam.
Jumlah dagangan meningkat kepada 13 lot daripada lima lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 33 kontrak daripada 14 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 14 Oktober 2024, harga emas fizikal berada pada AS$2,654.90 setiap auns troy. - BERNAMA