fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 9 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin susulan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data inflasi AS pada minggu ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 merosot kepada US$2,504.10 setiap auns troy daripada US$2,536.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025, dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,516.40 setiap auns troy daripada US$2,539.00 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menurun kepada lapan lot daripada sembilan lot pada Jumaat lepas, sementara kepentingan terbuka meningkat kepada 53 kontrak daripada 49 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,506.15 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 6 September.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI