fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, sejajar dengan prestasi niaga hadapan emas COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Jun 2024 turun kepada US$2,316.4 setiap auns troy daripada US$2,322.4 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas, manakala Julai 2024 merosot kepada US$2,323.2 setiap auns troy daripada US$2,329.2 setiap auns troy sebelum itu.

Kontrak Ogos 2024, September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup rendah kepada US$2,338.9 setiap auns troy berbanding US$2,344.8 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan naik tiga kali ganda kepada 15 lot daripada lima lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 34 kontrak daripada 26 kontrak sebelum itu.

Menurut London Bullion Market Association pada 17 Jun, harga emas fizikal berada pada US$2,319.90 setiap auns troy.

Pasaran emas ditutup pada Isnin bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF