fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, menjejaki prestasi Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang lemah menjelang keputusan mesyuarat dasar Rizab Persekutuan AS Rabu ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mac 2024 menyusut kepada US$2,158.90 setiap auns troy daripada US$2,173.80 setiap auns troy ketika ditutup sebelum itu.

Sementara itu, bulan semerta April 2024, Mei 2024, Jun 2024, Ogos 2024 dan Oktober 2024 semuanya ditutup rendah pada US$2,169.00 setiap auns troy daripada US$2,183.90 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan naik kepada 24 lot daripada tujuh lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 67 kontrak daripada 43 kontrak sebelumnya.

Menurut Persatuan Pasaran Jongkong London pada penetapan 16 Mac, harga emas fizikal berada pada US$2,163.45 setiap auns troy.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM