fb fb fb fb fb

Niaga hadapan emas ditutup rendah

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 26 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi niaga hadapan emas di COMEX New York Mercantile Exchange semalaman.

Harga emas kekal rendah berikutan permintaan kukuh terhadap dolar AS apabila hasil bon 10 tahun Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tertinggi baharu ekoran prospek kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS, kata seorang penganalisis.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2023 turun kepada US$1,914.30 setiap auns troy daripada US$1,924.00 setiap auns troy pada Isnin manakala Oktober 2023 merosot kepada US$1,923.40 daripada US$1,933.30.

Kontrak November 2023, Disember 2023, Februari 2024 dan April 2024 semuanya ditutup pada US$1,931.40 setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 36 lot daripada lapan lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka naik kepada 102 kontrak daripada 80 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,924.85 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 25 September.- BERNAMA


(Foto Fail)

Media Baharu