fb fb fb fb fb

MDV tawar pembiayaan fleksibel, berpatutan kepada syarikat teknologi tempatan

KUALA LUMPUR, 26 September- Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) menawarkan pembiayaan yang fleksibel serta kadar pembiayaan yang berpatutan kepada syarikat-syarikat berasaskan teknologi tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Mohamed Nadzri berkata pihaknya memperluaskan sektor pembiayaan merangkumi sektor teknologi hijau, bioteknologi, teknologi strategik dan juga syarikat-syarikat pemula.

"Untuk MDV, kita mahu membantu syarikat pemula untuk bekerjasama dengan syarikat Kapital DX untuk meningkatkan dana pasifik, beri mereka modal sekali gus untuk membantu mereka membangun," kata Nizam kepada pemberita pada majlis menandatangani perjanjian pelaburan bersama Syarikat Kapital DX (KLDX) Sdn Bhd, di ibu negara.

Perjanjian tersebut membolehkan MDV membangunkan produk inovatif untuk pengumpulan dana di Platform KLDX seperti khidmat ‘due diligence’ dan pemantauan.

Selain itu, untuk mengembangkan portfolionya dalam pembiayaan Hutang Teroka, MDV merancang untuk mengumpul dana di Platform KLDX dengan menubuhkan dana hutang teroka pertama yang disenaraikan di platform Tawaran Awal Bursa (IEO).


(Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nizam Mohamed Nadzri)

Media Baharu