KUALA LUMPUR, 26 September- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup bercampur-campur hari ini susulan prestasi lemah pasaran minyak kacang soya dan harga minyak mentah semalaman.
Peniaga minyak sawit David Ng memberi tahu Bernama, bagi harga MSM paras sokongan dilihat pada RM3,600 setan metrik dan paras ketahanan pada RM3,800 setan metrik.
Pada penutup dagangan, kontrak Oktober turun RM30 kepada RM3,618 setan metrik, November 2023 jatuh RM1 kepada RM3,656 setan metrik tetapi Disember 2023 meningkat RM14 kepada RM3,692 setan metrik.
Kontrak Januari 2024 meningkat RM13 kepada RM3,727 setan metrik, Februari 2024 naik RM11 kepada RM3,761 setan metrik dan Mac 2024 menokok RM13 kepada RM3,780 setan metrik.
Jumlah dagangan meningkat kepada 63,604 lot daripada 50,662 pada Isnin manakala kepentingan terbuka menokok kepada 279,049 kontrak daripada 263,545.
Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan jatuh RM30 kepada RM3,720 setan metrik.- BERNAMA
(Foto hiasan)