fb fb fb fb fb

Negara ASEAN digesa bekerjasama, tingkat potensi kewangan Islam

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid

KUALA LUMPUR, 23 April- Negara-negara peneraju dalam kewangan Islam di rantau ASEAN seperti Malaysia dan Indonesia, harus bekerjasama dalam sektor perbankan dan takaful.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata ia kerana potensi kewangan Islam dan teknologi kewangan (fintech) semakin cerah dan berkembang pesat.

"Walaupun dalam bidang kuasa dan rangka kerja kawal selia yang berbeza, kita boleh mencapai tahap penyelarasan dengan perkhidmatan kewangan yang lebih lancar. Penerimaan terhadap produk merentas negara yang berbeza akan menjadi lebih luas dan mencabar."

"Kita boleh mulakan di negara ASEAN terlebih dahulu," kata Adnan kepada pemberita ketika menjadi panel pada sesi bertajuk “SEA’s Next Big Fintech Export: Islamic Finance” dalam sidang kemuncak KL20, 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Jelasnya, kerajaan Malaysia berhasrat mengetengahkan fintech sebagai antara langkah pengukuhan bagi penawaran kewangannya pada penganjuran Asean tahun depan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM