fb fb fb fb fb

HDC anjur HELF 2024 di Arab Saudi, perluas sektor halal negara

Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun

PUTRAJAYA, 23 April- Halal Development Corporation Bhd (HDC) akan menganjurkan Forum Kepimpinan Ekonomi Halal (HELF) 2024 sebagai usaha meluaskan jejak globalnya.

Acara berkenaan diadakan sempena Forum Sektor Swasta Bank Pembangunan Islam (ISDB) di Riyadh, Arab Saudi, 30 April ini.

Menurut Pengerusi HDC, Khairul Azwan Harun, HELF 2024 komited untuk menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri halal di Malaysia dan Arab Saudi serta merentasi negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

"Ini memberikan kami peluang untuk mengakses pasaran 57 negara OIC sedia ada."

"Jadi, 57 pasaran halal sedia diteroka oleh syarikat Malaysia dan juga Arab Saudi,"kata Khairul dalam sesi taklimat media mengenai forum berkenaan.

Sebagai platform dasar pelbagai hala, HELF 2024 menyediakan instrumen ekonomi dan perdagangan diperlukan bagi membangun serta menyepadukan ekosistem halal.

Justeru, dana pengupayaan ekosistem halal akan diwujudkan bagi menampung keperluan berkenaan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM