KUALA LUMPUR, 10 Januari- Pertubuhan Keselamatan Sosial, PERKESO dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) memeterai perjanjian persefahaman, MOU bertujuan memperkasa sosioekonomi pencarum melalui pendekatan inovasi.
Kerjasama tersebut menyaksikan pengaplikasian teknologi dalam membangunkan reka cipta menerusi Program "Return To Work" (RTW) memanfaatkan pencarum dari golongan kelainan upaya.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan menzahirkan keyakinan inisiatif RTW dapat menyumbang ke arah pengurusan hilang upaya yang lebih efisien dan berkesan.
Ia sekali gus mempersiap peserta dari golongan sasar untuk kembali ke pasaran pekerjaan.
"PERKESO akan memainkan peranannya dengan mengelolakan pusat latihan kemahiran dan pemasaran produk pelbagai peringkat kepada peserta RTW yang menggabungkan produk-produk keluaran Orang Kurang Upaya lain yang dihasilkan dengan kerjasama badan dan agensi lain di seluruh negara,"
"Hasil produk keluaran individu yang mengalami hilang upaya mental melalui kerjasama PERKESO dan Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (MENTARI) di seluruh negara," jelasnya ketika menjadi tetamu kehormat majlis tandangan MOU yang turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba, berlangsung di Putrajaya.
PERKESO diwakili Timbalan Ketua Eksekutif (Operasi) John Riba Marin, manaka YIM diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Sharmila Mohamed Salleh.