fb fb fb fb fb

Misi perdagangan Malaysia ke Jerman dan Perancis raih RM46 bilion potensi pelaburan

FOTO 'X' Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Mac- Malaysia meraih potensi pelaburan bernilai RM46 bilion dan eksport RM2.4 bilion menerusi misi perdagangan dan pelaburan ke Jerman dan Perancis.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, perbincangan membabitkan pelbagai syarikat terkemuka sepanjang misi tersebut.

Antaranya, X-Fab, Airbus Group, Nexperia, B-Braun, Michelin, Groupe dan Simaero.

Beliau yang mengetuai misi itu berkata, tiga syarikat turut berkongsi rancangan pelaburan dan menunjukkan minat untuk menjalin kerjasama strategik di Malaysia.

Ia bakal memberi sumbangan besar terhadap landskap ekonomi negara dari segi pemindahan teknologi dan penciptaan pekerjaan bernilai tinggi di negara ini.

Jelasnya, negara sentiasa mengamalkan dasar terbuka kepada syarikat dari Jerman dan Perancis, dua pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan kuasa perindustrian Eropah.

Menerusi sesi libat urus, negara menyasarkan untuk meningkatkan pembabitan dalam rantaian nilai global, sekali gus memudah cara integrasi ke dalam pasaran antarabangsa.

Misi yang bermula pada 11 Mac dan berakhir semalam, merangkumi bandar Berlin dan Hamburg di Jerman selain Paris di Perancis.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE