KUALA LUMPUR, 25 Mei- MIDF Research menyemak semula unjuran kadar inflasi keseluruhannya pada 2024 kepada 2.7 peratus daripada 3.2 peratus sebelum ini.
Ini berikutan jangkaan fasa pelaksanaan subsidi bahan api bersasar secara berperingkat dan pertumbuhan harga makanan yang sederhana.
Melalui nota penyelidikan, firma itu memaklumkan, pihaknya menjangka pelancaran subsidi bahan api bersasar akan bermula pada suku keempat tahun ini.
Justeru, pihaknya menyemak semula unjuran awal pelaksanaan pada Jun.
Tambahnya, kerajaan mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyelaraskan mekanisme pengagihan subsidi dan harga bahan api.