fb fb fb fb fb

Maybank catat untung bersih suku pertama 2024 RM2.49 bilion

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Mei- Keuntungan bersih Maybank bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 melonjak kepada RM2.49 bilion berbanding RM2.27 bilion yang dicatatkan tahun lepas.

Hasilnya juga meningkat kepada RM18.35 bilion daripada RM15.19 bilion tahun sebelumnya.

Perkhidmatan insurans dan takaful pula meraih pendapatan bersih RM182.1 juta pada suku pertama tahun ini.

Mengenai prospek, institusi bank itu bersedia untuk memanfaatkan pertumbuhan perniagaan yang dikenal pasti dengan mengembangkan bidang utama perkhidmatan kewangan komuniti kumpulan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE