fb fb fb fb fb

Malaysia, Indonesia perlu bentuk kerjasama, tingkat kewangan Islam di ASEAN

Adnan Zaylani Mohamad Zahid

KUALA LUMPUR, 24 April- Negara-negara peneraju dalam kewangan Islam di rantau ASEAN seperti Malaysia dan Indonesia harus bekerjasama dalam sektor perbankan dan takaful.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, potensi kewangan Islam dan teknologi kewangan (fintech) akan semakin cerah serta berkembang pesat menerusi pakatan berkenaan.

"Walaupun bidang kuasa dan rangka kerja kawal selia berbeza, namun kita boleh selaraskan kepada tahap dan standard tertentu.

"Sekiranya kita mampu mencapai tahap itu, penerimaan perkhidmatan kewangan merentasi pelbagai negara termasuk aspek syariah akan lebih lancar.

"Untuk mencapai tahap ini di peringkat global agak mencabar, jadi kita boleh mulakan di ASEAN terlebih dahulu," katanya.

Jelasnya, Kerajaan Malaysia berhasrat mengetengah fintech sebagai antara langkah pengukuhan bagi penawaran kewangannya pada penganjuran ASEAN tahun depan.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel pada sesi bertajuk "SEA’s Next Big Fintech Export: Islamic Finance" pada sidang kemuncak KL20 2024 di Pusat Konvensyen Kualal Lumpur di ibu negara.

SITI AISHAH MD ISA