fb fb fb fb fb

Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 24 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional merosot sedikit kepada RM29.21 bilion berbanding RM29.84 bilion pada pagi ini manakala mudah tunai dalam dana Islam turun kepada RM14.74 bilion daripada RM15.98 bilion.

Terdahulu hari ini, bank pusat menawarkan satu tender repo berbalik.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM29.20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM14.70 bilion, kedua-duanya bagi wang sehari.

Setakat 23 April, 2024, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM