KUALA LUMPUR, 11 Februari – Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Persatuan Ejen Pelancongan Guilin menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama pelancongan antara Malaysia dan China.
Presiden MATA, Datuk Seri Dr. Mohd Khalid Harun menyifatkan kerjasama tersebut sebagai pencapaian penting dalam memperkukuh sektor pelancongan serta membuka peluang ekonomi lebih luas bagi kedua-dua negara.
“Ini termasuk aspek eksport dan import, serta perkhidmatan yang kita tawarkan seperti perbankan, perbankan Islam, kewangan Islam dan lain-lain.
"Kerjasama antara Malaysia dan China bukan sahaja memberi manfaat kepada MATA tetapi juga sektor perdagangan yang berkaitan,” katanya dalam sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu di ibu negara.
Tambah Dr. Mohd Khalid, inisiatif itu turut memainkan peranan penting dalam menyokong Tahun Melawat Malaysia 2026.