fb fb fb fb fb

Malaysia catat nilai pelaburan berjumlah RM83.7 bilion, setakat Mac 2024 - MITI

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Malaysia mencatat nilai pelaburan yang diluluskan berjumlah RM83.7 bilion merentasi pelbagai sektor bagi tempoh Januari hingga Mac 2024.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata ia mewakili peningkatan 13 peratus daripada RM74.1 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.

Tambahnya, pelaburan yang diluluskan berjumlah hampir RM84 bilion untuk suku pertama 2024 itu, mencerminkan kepercayaan pelabur terhadap Malaysia.

"Insya-Allah, momentum ini akan berterusan namun kita perlu bersedia untuk berdepan pelbagai isu dan cabaran."

"Ini kerana dari segi isu perdagangan geopolitik yang berlaku di antara perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS). Maka, kita akan pantau secara berkala," kata Zafrul kepada pemberita selepas melancarkan Penyelesaian Kecerdasan Kelestarian Berpusat (CSI) Bursa Malaysia Bhd, di ibu negara.

Ujar Zafrul, peningkatan 10 peratus eksport negara membuktikan Malaysia berada pada landasan yang betul.

Sektor elektrik dan elektronik (E&E) menjadi industri utama yang menyokong pertumbuhan ekonomi pembuatan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM