fb fb fb fb fb

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup kebanyakannya tinggi

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 21 Jun - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya meningkat pada Jumaat meskipun asas pasaran tunai mencatat prestasi sebaliknya.

Kontrak Jun 2024 dan September 2024 masing-masing meningkat 2.5 mata kepada 1,592.00 dan 1,583.50.

Selain itu, Julai 2024 berkurangan sebanyak 2.5 mata kepada 1,597.50 manakala Disember 2024 naik 3.0 mata kepada 1,591.00.

Jumlah dagangan melonjak kepada 12,328 lot daripada 6,743 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 55,901 kontrak daripada 48,985 kontrak pada hari sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 2.32 mata kepada 1,590.37 daripada 1,592.69 pada penutupan Khamis. - BERNAMA

TETITIA YUSOFF