fb fb fb fb fb

Malaysia azam jadi 'jambatan' perdagangan antarabangsa

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berucap pada Majlis Makan Malam Gala Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 November- Kerajaan ingin mewujudkan Malaysia sebagai kuasa pertengahan dunia dalam arena perdagangan.

Ini membolehkan negara berdagang secara terbuka dengan sebanyak mungkin negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab dagang di peringkat antarabangsa.

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata walaupun mengakui ia bukan mudah, Malaysia mahu menjadi negara penghubung di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menyatakan Asia Tenggara perlu memainkan peranan dalam meningkatkan pertumbuhan untuk kesejahteraan rakyat di negara-negara tersebut.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Gala Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia di ibu negara.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE