fb fb fb fb fb

MAHB meterai MoU dengan China Henan Aviation tingkat ketersambungan kargo udara dan logistik

FOTO MAHB

KUALA LUMPUR, 9 Jun- Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan China Henan Aviation Group untuk meningkatkan ketersambungan kargo udara serta logistik antara Malaysia dan China.

Perkongsian strategik itu, adalah seiring dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.

Kerjasama tersebut dijangka akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam perdagangan global.

Melalui kenyataan MAHB, kerjasama itu akan meningkatkan kecekapan termasuk jangkauan kedua-dua kumpulan pengendali lapangan terbang dengan mewujudkan laluan kargo udara baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Selain itu, mengukuhkan Malaysia sebagai hab logistik serantau dan membawa manfaat yang besar kepada kedua-dua negara dan rantau Asean yang lebih luas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE